April 23, 2012

Duit

Duit adalah musuh utama aku. Duit selalu buat aku resah. Aku benci kau duit. Aku mulakan cerita aku dgn Assalam. Seperti biasa, bila aku balik cuti dari Jengka, akan aku roger semua kwn2 lama ajk lepak. Kami berbual macam-macam cerita hingga tidak menyedari waktu. Sampailah suatu ketika, dorang bersembang pasal kereta,pasal nak pegi bercuti, tgk wayang, itu ini dan aku mulai resah. Perasaan merendah diri mula timbul. Yelah, aku tidak seperti mereka. Mintak apa dekat parent mesti dapat. Aku abaikan perasaan malu itu sehingga mereka tukar kepada topik lain untuk dibual. Kemudian, perkara yang sama berlaku pada hari2 yang berikutnya. Aku mula sedar, yang aku bukan seperti mereka. Aku nk duit, aku kne cari keje. Akhirnya, Syukur Alhamdulillah Allah dengar rintihan hati aku. Aku dapat keje di Telaga Biru. Korang tahu apa itu Telaga Biru? Telaga Biru adalah sebuah syarikat pencetak buku-buku agama. Aku dapat bahagian store kat situ. Yaaa, keje bahagian store kat situ mmg penat. Sekali buku smpai, bukan beratus tapi beribu buku yang sampai. Gaji yang aku terima pon tak lumayan seperti keje wayang. Tapi takpelah, mak aku penah pesan "lai, nak dapatkan gaji yang betul2 halal perlulah datang dari usaha yang bersungguh2 tau." akan aku ingat pesan ni sampai mati. Biarlah gaji kita tak seberapa, biarlah penat lelah dia mcm mana, asalkan kita dapat duit tu dari sumber yang halal. Aku tahu, cerita pasal telaga biru ni dah lari dari tajuk senanya kan? Tp apa yang aku nak sampaikan ialah, Rabbuna ma'ak(Allah sentiasa bersama kamu) bila kita ada kesusahan, kesedihan, jgn salahkan diri dan jgn salahkan sesiapa. Anggaplah ada hikmah disebaliknya. Ceritalah pada Allah. InsyaAllah Allah akan bantu kita, walau dengan cara kita xnampak. Wallahualam.

January 24, 2011

Cara memberi Salam dengan betul.

korang mesti tertanya-tanya kan? ada ke cara memberi salam dengan betol? mcm biasa jelah kan? haaaaaa, bila aku terjumpa artikel ni, terus aku tertanya-tanya soalan yang sama. then harap, aku dapat share kan kepada korang :)

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh".


maksudnya disitu, kita perlu jawab lebih panjang dari orang yang memberi kita salam. tapi aku lupa macam mana pulak kalau orang hantar, Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan kita perlu jawab camna? adeh, ustaz aku pnah explain then aku lupa. kalau korang ada jawapan dia, bgtahu aku secepat mungkin ya? 


Selain dari itu, Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Sekian. :)

December 22, 2010

Petua murah rezeki.

aku tidaklah orang kaya. aku juga tidaklah sederhana. aku cuma miskin. aku ada baca artikel tentang petua murah rezeki. mungkin ia boleh dijadikan amalan. :)

1.mengabdikan diri kau kepadaNYA.
2.memperbanyakkan zikir.
3.tinggalkanlah segala dosa yg engkau kerap lakukan. 


kalau engkau ada alasan, aku ada cerita untuk kau :) 

1.Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata, “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.

2.Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.

3.Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat kepadaKu”.

4.Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.

renung2kan. Salam,

December 19, 2010

Kekasih.

Oh Tuhan, seandainya telah kau catatkan,
Dia milikku tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan.

Agarku bisa bahagia,
Walau tanpa bersamanya,
Gantikanlah yang hilang,
tumbuhkanlah yang patah,
Ku inginkan bahagia, 
Didunia dan akhirat,
pada mu Tuhan,
Ku mohon segalanya..

Mudah. Tidak salah untuk bercinta. Tetapi jangan sampai cinta kau, melebihi cinta kepada Allah dan Rasul.
Dengan itu, kalau kau sayang bf/gf kau, kau perlu tinggalkan dia. Harap cinta korang tidak dimurkaiNYA tetapi diberkati olehNYA. :) 



December 18, 2010

cita-cita.

when we were five, they asked us what we wanted to be when we grew up. kita akan jawab gini, doktor cikgu!,bisnessman cikgu!, nak jadi cikgu pon ada dan sebagainya :) wei, comel kan? haha. tp ntah la. kebanyakan yg aku dah jmpe kwn2 abg aku yang sudah bekerjaya mereka semua ada yg diploma jurutera mekanikal,jurutera itu ini tp tak satu pon yg dpt keje yg baik2 seperti yg mereka mahukan. -.-'' akhirnya, ada yg jd supervisor wayang la, masuk score A la, jual pisang goreng la. aduhai. ada orang kata ini adalah disebabkan ekonomi negara kita yg semakin menurun. tetapi aku rasa tidak sbb inilah dinamakan keberkatan dari Allah,ibu-bapa, kawan-kawan, dan manusia sekeliling kita. bagaimana perlakuan kita terhadap semua itu. bagaimana sikap kita. skrg ni aku bukan nk bg nasihat tp aku nk cerita pasal cita-cita aku. hehe, aku sebenarnya nk jd ustaz. tp ntah, aku takot nk bgtahu kwn-kwn tentang cita-cita aku ni. even adk beradik aku sendiri pun aku tak bgtahu. aku sngt takot bila aku dah bgtahu kelak, ada yg akan gelakkan aku. haihhh. disebabkan itu, aku terikut ikut untuk menjadi manusia yg hanya memikirkan duniawi. inilah manusia, walaupon dah tahu dunia ni hanya sementara dan akhirat itu selama-lamanya, tetap masih daif untuk berubah. mungkin ia makan masa untuk berubah. aku ada 3 perkara yg akan aku buat perlahan-lahan didunia ini untuk mengubah diri aku supaya menjadi seorang khalifah. 

1. berhenti merokok.
2.mendalami ilmu agama.
3.berkahwin dgn seorang wanita yang penuh dgn ilmu agama didada. 

memilih sngt x? :P Salam.

December 15, 2010

Sakit hati dengan kejayaan orang lain.

Setiap manusia ada 7 hari dalam seminggu dan 24 jam dalam sehari. Dari sudut waktu, semua orang ada jumlah waktu yang sama dalam sehari. Apa yang membezakan golongan yang pandai mencari kejayaan, adalah bagaimana dia manage masa dia yang 24 jam sehari tu berbanding orang lain. Sebelum kita sakit hati dengan seseorang atas kejayaannya, renung balik apa yang membezakan masa 24 jam kita dan dia. Simple bukan? renung2kan :)

tinggi-tinggi, tinggi si pohon ara,
tinggi lagi kepul asap api,
tepuk dada tanyalah selera,
kalau-kalau masih belum puas hati. :)

October 29, 2010

Salam perkenalan.

Assalamualaikum, seperti biasa, untuk permulaan mestilah ada salam perkenalan. Aku Mohd Abu Lais b Md Hassan. Orang pnggil aku abu, alai, bulai, bulalai, negro, botak(sbb aku selalu botak). hanya manusia biasa, tak hensem, tak bijak, tak alim, tak baik, tak kaya, tak bertuah, tak pndai bersukan dan pelbagai lagi yang tidak. aku sering buat silap. apa org 'hot2' kata? kinda loser. kalau ada nk tgo, tgo jelah ye? jgn goyang ngn gua. gua buat blog ni pon mmg untuk share2 pendapat dgn org ramai. amboiii ayat aku, sumpah xleh blah. so ini untuk permulaan.